Saturday, 21 July 2012

~KASIHKAN RASULULLAH~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Andai kita kasihkan RASULULLAH S.A.W. ucapkan selawaat kepada baginda.

 Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"sesiapa yang berselawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat".

Maka sama-sama lah kita mengamalkannya....

Anatara tempat dan waktu yang dianjurkan berselawat:

1Sesudah laungan azan
2Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid
3Dalam solat jenazah
4Dalam takbir-takbir hari raya
5Sewaktu membaca tahiyat(tasyahud)akhir dalam solat
6Pada awal dan akhir bacaan solat
7Pada malam dan siang hari jumaat
8Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
9Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w.
10Tiap pagi,petang,ketika mengadakan majlis ceramah,ketika susah,sakit dan lain-lain.

AMANAH DALAM MEMELIHARA CINTA

Assalamualaikum ^_^


Cuba kita bayangkan andainya seseorang yg dikasihi memberi sebatang pensel utk diasahkan sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola jaring...
andainya seseorang yg dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci mangkuk
 di dapur
 andainya seseorang yg dirindui mengharapkan
 hadiah jam tangan yg berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di shopping complex walaupun kita terpaksa memecahkan tabung ayam yg dibeli di
      Ayer Hitam...
Percayalah seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemi dalam jiwanya hinggakan  sanggup membelah badai,menongkah arus,mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih...
jadi sekiranya cinta itu ada dalam diri maka rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu...
Ini dipanggil memelihara cinta dan perbuatan ini adalah
 AMANAH
Justeru itu jagalah amanah ini sebaik mungkin..
Jangan pecahkan amanah yg perlu dijaga ini...
Dari sudut psikologi perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yg akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan.
Secara simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya...
Kita perlu satukan perasaan cinta itu dan jadikan asas atau tiang untuk kita bertaut..
Apakah tiangnya itu???
Tiangnya adalah cinta pada ISLAM...
Daripada cinta yg kukuh itu dgn izin ALLAH s.w.t.
 kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini...

~hasil pembacaan GenQ ^_^

 



Manfaat Vivix untuk kesihatan

Vivix  merupakan minuman campuran botani yang mempunyai revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik bota...