Assalamualaikum ^_^
Cuba kita bayangkan andainya seseorang yg dikasihi memberi sebatang pensel utk diasahkan sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola jaring...
andainya seseorang yg dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci mangkuk
di dapur
andainya seseorang yg dirindui mengharapkan
hadiah jam tangan yg berjenama terkenal, sudah mesti kita mencarinya di shopping complex walaupun kita terpaksa memecahkan tabung ayam yg dibeli di
Ayer Hitam...
Percayalah seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemi dalam jiwanya hinggakan sanggup membelah badai,menongkah arus,mencantas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih...
jadi sekiranya cinta itu ada dalam diri maka rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu...
Ini dipanggil memelihara cinta dan perbuatan ini adalah
AMANAH
Justeru itu jagalah amanah ini sebaik mungkin..
Jangan pecahkan amanah yg perlu dijaga ini...
Dari sudut psikologi perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yg akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan.
Secara simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya...
Kita perlu satukan perasaan cinta itu dan jadikan asas atau tiang untuk kita bertaut..
Apakah tiangnya itu???
Tiangnya adalah cinta pada ISLAM...
Daripada cinta yg kukuh itu dgn izin ALLAH s.w.t.
kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini...
~hasil pembacaan GenQ ^_^
No comments:
Post a Comment