Monday, 19 February 2018

Tip penjagaan kulit yang berbeza

Kulit kombinasi ialah gabungan kulit berminyak dan kulit kering pada wajah anda.


.
Tips untuk menjaga kulit kombinasi agak berbeza. Anda perlu mengenalpasti bahagian mana yang kering dan bahagian mana yang berminyak. Cara menjaga setiap bahagian bergantung kepada jenis kulit di kawasan tersebut.
.
Tips menjaga kulit kombinasi 👇
.
1⃣ Gunakan produk yang bertekstur lembut. Pilih yang berasaskan losyen atau tekstur gel untuk pencuci muka. Ia berfungsi untuk mencuci kotoran dan mekap.

2⃣ Sapu pencerah atau “toner” yang boleh menghidratkan dan melegakan kulit muka yang ada antioksidan dan bahan yang menambah baik keadaan kulit.

3⃣ Gunakan produk yang lembut, tidak kasar dan mengandungi BHA exfoliat. Cari “exfoliator” yang boleh membuang sel kulit mati tanpa kesan kemerahan (bukan jenis skrub), tidak membuatkan liang pori tersumbat, mengurangkan kulit berminyak. Pilih yang berbentuk gel, cecair ringan atau berbentuk cecair seperti air. Eksfoliator yang ada BHA paling bagus.

4⃣ Lindungi kulit dari sinaran UV. Amnya semua kulit memerlukan produk yang mempunyai SPF30 ke atas. Cari produk lembut yang menjanjikan kesan matte. Bagi bahagian yang kering, sapukan serum, selepas itu baru sapukan produk SPF.

5⃣ Gunakan pelembap berbentuk gel, serum atau yang berbentuk cecair pada seluruh muka pada waktu malam. Pastikan produk ini semua ada 3 bahan yang ada fungsi penting iaitu; antioksidan, penambahbaikan kulit(skin-replanishing dan memulihkan kulit(skin-restoring). Bahagian yang kering sapukan serum pelembap manakala bahagian kulit berminyak hanya perlukan kuantiti sedikit sahaja.
.
Setiap jenis kulit muka berbeza keperluan dalam penjagaannya tidak kira dari segi produk skincare atau produk mekap. Jenis kulit kita akan menentukan apa kita perlu pakai. Bukannya pakai sebab pengaruh orang lain tanpa mengenal jenis kulit kita sendiri. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak dalam memilih produk sesuai. 🤗
.
Selamat beramal 😎

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vivix untuk kesihatan

Vivix  merupakan minuman campuran botani yang mempunyai revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik bota...