Tuesday, 27 February 2018

CoQ-Trol Shaklee : Bertenaga sepanjang hari.



Pernah tak kita terfikir, kenapa kanak-kanak tak pernah kenal erti penat?
Punyai energy yang luar biasa.
Tak reti dok diam.
Sama jugak dengan remaja, penuh dengan aktiviti yang kalau kita tengok pun dah rasa letih.
Kita orang yang dah dewasa ni, kalau boleh nak duk rehat je kan.
Ini kerana, penghasilan CoQ10 dalam badan adalah pada peringkat yang tertinggi sehingga usia 20 tahun. Apabila usia dah melepasi 20 tahun, kadar penghasilan CoQ10 dalam badan kita menurun.
Ditambah pulak kalo kita ni ada kolestrol yang tinggi, dan mengambil ubat STATIN, lagilah merendahkan penghasilan COQ10 oleh badan.
So, apa nak buat?
CoQ10 sebenarnya ada dalam makanan harian kita.
Cuma, kadarnya terlalu rendah.
Cuba bayangkan kita nak kena makan 3kg daging setiap hari untuk dapatkan 100mg CoQ10, tak ke haru namanya tu?
Silap-silap, paras kolestrol pulak naik mencanak-canak.
Pengsan!
Nasib baiklah ada suplemen terbaru dari Shaklee ni - namanya CoQ-Trol.
*1 kapsul CoQ-Trol mengandungi 100mg CoQ10 +2mg Resveratrol + 5mg Tocopherol.*
Memang gabungan terbaik untuk badan kita.
Sebagai antioksidan yang powerrr nak tentang radikal bebas dan untuk beri tenaga dekat sel-sel badan kita.
Barulah badan kita dapat berfungsi dengan hebat!
Kan?
Nak dapatkan CoQTrol ni mudah je.
Wasap je saya terus di πŸ‘‰πŸ» www.wasap.my/60145161842
Ataupun boleh je buat pembelian terus dengan Shaklee dengan klik link ini πŸ‘‰πŸ» http://bit.ly/2FAGYu3

Cara mengatasi bibir yang kering dan pecah-pecah



Cuaca yang panas boleh menyebabkan bibir kita akan menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan keadaan ini terjadi. Oleh itu dibawah ini saya kongsikan petua dancara mengatasi masalah ini.


1-AIR
Dengan meminum banyak air, is akan mengembalikan kelembaban tubuh. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, terutama sebelum makan dan sebelum tidur.
2-AIR MAWAR
Petik seg.enggam kelopak bunga mawar dan rendam di dalam susu untuk beberapa saat dan ramas-ramaskan. Kemudian, usapkan ke bibir hingga ke seluruh wajah bila perlu. Lakukan setiap sebelum tidur.
3-KRIM SUSU
Krim susu segar, sapukan pada bibir, biarkan selama 10 minit. setelah itu bilas dengan air hangat. Lakukan setiap hari sampai bibir benar-benar lembab.
4-MADU
Gunakan madu asli, sapukan dibibir setiap hari. Atau campurkan madu dengan air mawar dan sapukan setiap malam sebelum tidur, lalu dibersihkan keesokan paginya.
5-MINYAK KELAPA
Sapu minyak kelapa ke bibir setiap hari. Anda boleh melakukan cara yang sama menggunakan minyak zaitun.
6-GULA
Campurkan setengah sudu gula dengan 2 titis minyak zaitun, lalu sapukan merata ke bibir dan gosok perlahan. Setelah 3-5 minit, bilas dengan air hingga bersih.

Monday, 26 February 2018

Vitamin C dapat kurangkan berat badan

Tentu anda selalu dengar cerita tentang vitamin c kan? Lebih lebih lagi wanita suka ambil vitamin c sebab nak kulit cantik. Selain itu, ramai juga orang tahu vitamin c untuk kuatkan sistem imun. Tapi anda mungkin tidak tahu yang vitamin c ada kaitan dengan berat badan.
.
.
Tahu kah anda vitamin c boleh membantu mengurangkan berat badan πŸ˜‰


.
.
FAKTA 1
PENGOKSIDAAN LEMAK πŸ‘
Pengambilan jumlah vitamin C yang mencukupi setiap hari, akan mengoksidakan lemak sebanyak 30 peratus lebih dari biasa ketika bersenaman.
.
Oleh itu, pengambilan vitamin c pada waktu pagi sebelum anda menjadi aktif boleh meningkatkan pembakaran lemak
.
Walaupun tanpa rutin latihan berstruktur pada waktu pagi, kita lebih cenderung untuk menjadi lebih aktif dan melakukan lebih kerja pada waktu siang berbanding pada waktu malam.
.
Tidak semestinya dengan senaman berat, jadi hanya ambil vitamin C pada waktu pagi dan pastikan anda kekal aktif bagi menjamin pembakaran lemak.
.
FAKTA 2
CARNITINE πŸ‘
Carnitine adalah bahan yang dihasilkan di dalam hati dan buah pinggang dan disimpan dalam otot, jantung, otak dan sperma.
.
Ianya penting untuk menukarkan lemak kepada tenaga dan bahan ini diaktifkan dengan kehadiran vitamin C.
.
Ini merupakan satu lagi sebab untuk mengambil vitamin C pada waktu pagi. Dengan pengambilan vitamin C pada waktu pagi ianya dapat membantu memulakan proses pembakaran lemak dengan lebih awal.
.
Pengambilan vitamin C yang mencukupi setiap hari adalah sangat penting untuk mengurangkan lilitan pinggang dan Indeks Jisim Badan, atau BMI .
.
Senang kan? Jadi, cuba pastikan anda ambil makanan kaya vitamin C atau lebih mudah, telan saja sebiji vitamin C shaklee iaitu SR Vita-C Plus.
.
Anda boleh hubungi saya untuk ketahui Kandungan Nutrisi dalam Vitamin C Shaklee yang menjadikannya Sangat Berkesan 😍

Klik untuk pertanyaan

Sunday, 25 February 2018

Kebaikan memilih Sustained Release Vit-C Plus Shaklee






Errmmmm....dari nama nampak macam tak de beza pun dengan vitamin C lain yang ada dipasaran. Malah, ada je yang dijual dipasaran tu didatangkan dengan 1000mg vitamin C dalam setiap pil. Jadi, kenapa saya tetap pilih yang Shaklee punya ni...πŸ€”Bagus sangat ke... Berbaloi ke beli??

Meh saya cerita dengan lebih lanjut ye...

πŸ–‹ teknologi sustained release yang dimasukkan ke dalam setiap pil vitamin C ni mampu melepaskan hanya 100mg sahaja vitamin C ke dalam badan kita pada setiap jam. Maknanya dalam masa 5jam selepas kita telan sebiji vitamin C ni, ianya mampu berada dalam badan kita selama 5jam berturut-turut. Jadi badan kita akan lebih terlindung dari segala virus diluar sana...

πŸ–‹ mengandungi bioflavonoids yang membantu penyerapan dengan lebih baik oleh badan kita

πŸ–‹ vitamin C adalah kategori vitamin larut air. Maka, walaupun anda makan pil yang mengandungi 1000mg vitamin C tetapi sekiranya ianya dilepaskan sekaligus ke dalam badan, maka mana-mana lebihan vitamin C yang TIDAK MAMPU diserap oleh badan akan dibuang begitu sahaja melalui air kencing....sangat membazir kan...

πŸ–‹ sebotol vitamin C mempunyai 180biji pil dan harganya hanya RM97.50 (tidak termasuk postage) sahaja..maknanya, sehari anda hanya perlu berbelanja kurang dari RM1 untuk kesihatan badan anda....(dan juga kecantikan πŸ‘±) dan ianya mampu bertahan sehingga setengah tahun πŸ˜Ž Jimat sesangat kan....

Dan tahukah anda bahawa badan kita ni TIDAK mampu pun untuk menghasilkan vitamin C sendiri?

Jadi...

Selain dari pemakanan, dari manakah lagi sumber vitamin C yang boleh anda perolehi? Semestinya lah dari pengambilan suplemen seperti vitamin C Shaklee ni yang sangat BERBALOI untuk WANG anda, serta sangat BERKESAN..malah ianya juga SELAMAT untuk badan memandangkan TIADA bahan kimia sintetik yang dimasukkan ke dalam setiap pil yang dihasilkan.....

Jadi...

Sekiranya anda berminat untuk mencubanya boleh terus hubungi saya untuk membuat pembelian

Klik untuk pembelian


Atau

boleh terus membuat pembelian dari Shaklee Malaysia
Klik untuk order

Saturday, 24 February 2018

BAHAYA PARABEN






APA ITU  PARABEN

Paraben merupakan bahan kimia yang digunaan sebagai pengawet untuk melawa bakteria dan kulat. Paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet ini dihasilkan secara sintetik (buatan manusia) bukannya dari sumber semulajadi. Ia juga digunakan secara meluas dalam produk kosmetik seperti dalam syampu, perapi, losyen, pencuci muka, skrub dan mandian. Ia mudah diserap oleh kulit, darah dan sistem pencernaan.

Anda boleh kenali atau temui paraben ini apabila melhat label di botol yang tertulis nama bahannya sebagai ethylparaben, methlparaben, butylparaben propylparaben dan banyak lagi yang anda dapat kenali apabila nama bahannya berakhir dengan paraben. Itu bermaksud terdapat kandungan paraben dalam bahan tersebut.

KENAPA PARABEN BAHAYA TERHADAP KESIHATAN.

1. Paraeben ini boleh menggangu fungsi sistem endocrine dan menyebabakan kerosakan pada sistem badan seperti berlakunya fibroid ovari, hypothalamus dan sistem pencernaan terjejas.

2. Paraben ini juga boleh memasuki salur darah dengan hanya membuat sapuan di permukaan kulit sahaja. Ia akan mudah meresap ke dalam tubuh badan kita.

3.  Penyerapan paraben ini boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Dengn penghasilan estrogen yang tidak normal ini akan merangsang kanser payudara.

4. Paraben ini sangat bahaya apabila terkena kepada kulit yang sensitif. Ini kerana ia akan menyebabkan berlaku reaksi ruam dan alergik pada kulit. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah dan dalam jangka masa panjang ini boleh menyebabkan masalah kulit yang sangat serius.

Justeru itu, pemilihan sesuatu produk sangat penting untuk kesihatan menyeluruh. Tersalah membuat pemilihan akan menyebabkan anda menyesal dikemudiaan hari.

Berhati-hati dalam memilih produk kesihatan diri.

Friday, 23 February 2018

Tip hilangkan lingkaran hitam bawah mata

Eye contact  sangat penting dalam komunikasi. Bila terdapat gelap bawah mata, kita akan terasa kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Betulkan?
Jadi, adakah anda mengalami gelap bawah mata?


Punca utama terjadinya gelap bawah mata adalah :

β–ͺ️ Allergy

β–ͺ️ Keturunan

β–ͺ️ Pigmentasi

β–ͺ️ Keletihan

β–ͺ️ Faktor umur

β–ͺ️ kulit bawah mata yang nipis
Pasti kita akan stress kan bila pandang cermin je tengak hitam je bawah mata. Jenuh duk tepek makeup nak cover balik kasi hilang kesan hitam bawah mata. 
Jangan bimbang, ada cara untuk mencegah & merawatnya :

πŸ‘‰ Penggunaan sunblock

πŸ‘‰ Minum air kosong secukupnya setiap hari

πŸ‘‰ Rehat & tidur yang cukup - Elak stress !

πŸ‘‰ Tingkatkan pengambilan sayuran & buah-buahan

πŸ‘‰ Elakkan memakan @ mengambil bahan yang diketahui boleh menyebabkan allergy

Sangat mudah untuk merawat & mencegah gelap bawah mata kan? Asalkan kita ikut tips yang diberikan πŸ˜‰πŸ‘
Jadi selamat mencuba πŸ˜˜

Thursday, 22 February 2018

Petua luruskan rambut mengerbang


Ramai yang inginkan rambut yang lurus dan cantikkan. Tidak perlu berhabis duit untuk membuat rawatan rambut yang mahal-mahal. Jom kita amalkan petua semulajadi yang hanya ada di rumah kita sahaja.



Antara petua yang dapat luruskanrambut yang mengerbang adalah :

1) Kombinasi Santan & Jus Lemon

Campurkan secawan santan bersama setengah cawan jus lemon. Kemudian, sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.

Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam.

Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

2) Limau Nipis

Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Malah limau nipis juga bagus untuk menghilangkan kelemumur dan gatal – gatal pada kulit kepala.

3) Susu Segar

Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut. Biar selama 20 hingga 30 minit.

Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi. Lakukan sekerap yang mungkin.

4) Pisang & Betik

Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua – dua bahan ini. Campurkan dua sudu madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.

Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering.

Elakkan mengikat rambut. Lakukan seminggu dua kali.

5) Tepung Gandum & Telur

Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering.

Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. Kemudian, sikat rambut sehingga lurus.

Biarkan selama 30 sehingga 40 minit, bilas sehingga bersih. amalkan petua ini dua kali seminggu.


Selamat mencuba.

Wednesday, 21 February 2018

SHAKLEE PILHAN YANG SELAMAT


Tahukah anda bahawa keistimewaan Shaklee sejak  dari dulu sampai sekarang adalah kerana ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi. 

Dari zaman Dr Shaklee sendiri sampai la zaman sekarang kualitinya masih sama.
Anda boleh tengok vitamin VitaLea (multivitamin Shaklee) yang  wujud dari tahun 1915 sampai sekarang masih lagi bertahan. Lebih 100 tahun sudah. Sekiranya ia tidak selamat pasti sudah lama ia telah diban dantidak dikeluarkan lagi.

Sekarang, saintis Shaklee terus buat kajian untuk mencipta supplement yang selamat dan berkesan dari sumber semulajadi.
Kenapa anda tidak  perlu rasa  ragu-ragu yang Shaklee selamat?

Kerana pihak Shaklee telah menjalankan pelbagai ujian bagi memastikan keselamatan dan ketulenan produk seperti:

βœ… mempunyai landmark study, yang mana, taraf kesihatan dalam masa 20 tahun pengguna shaklee, pengguna vitamin lain dan orang yang langsung tak mengamalkan vitamin.
Terbukti taraf kesihatan pengguna Shaklee adalah lebih baik.
βœ… mempunyai lebih 125 kertas dan presentatin saintifik yang telah diterbitkan.
βœ… menjalankan 350 tests untuk setiap bahan mentah yang baru bagi memastikan ianya bebas daripada pencemaran, racun perosak dan bahan2 kimia lain yang merbahaya.
βœ… menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi memastikan kualiti dan potensi produk.
Ujian2 ini pula bukan sekadar syok sendiri. Ia turut disokong dan diakui oleh para saintis (pihak ketiga) di seluruh dunia.

Jadi anda tidak perlu ragu-ragu lagi untu memilih SHaklee sebagai suplemen kesihatan anda.
Klik untuk pertanyaan 

Tuesday, 20 February 2018

KURUS DENGAN SET SHAKLEE


Assalamualaikum semua ^_^

Anda terfikir-fikir untuk menurunkan berat badan tanpa perlu menahan perut untuk berlapar??? Ha kat sini saya nak kongsi tentang set kurus shaklee. Shaklee dapat membantu anda untuk kelihatan cantik dan kurus tanpa  menahan lapar dan dapat mengurangkan dan menurunkan berat badan anda secara ideal.

Ada 3 LANGKAH :
  • DETOX
  • MEMECAHKAN LEMAK & KOLESTROL
  • MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Langkah 1 : DETOX
(ALFALFA/HERBALAX)

DETOX merupakan satu proses untuk membersihkan dan membuang segala toksin dan lemak yang ada dalam tubuh badan kita. Jadi, Alfalfa dan Herbalax sesuai untuk membuangkan toksin dan lemak yang berada dalam usus kita. Herbalax amat sesuai untuk mereka yang mengalami sembelit.



Langkah 2 : MEMECAHKAN LEMAK & KOLESTROL
(LECITHIN/OMEGA GUARD)

Pengambilan LECITHIN/ OMEGA GUARD  dapat melakukan proses pemecahan lemak dan kolestrol dalam badan kita. Lecithin dipanggil sebagai 'pengemulsi semulajadi dimana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan lemak itu terapung di dalam darah serta mencegah lemak dari melekat di dinding membran. Lecithin ini tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi amat diperlukan oleh badan.



Langkah 3 : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
(CINCH SHAKE)

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisma tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%


Kenapa perlu mengambil protein???

Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,


Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. 

Nak cuba???? 
Nak tahu lanjut pasal ni boleh terus hubungi saya 
                   ******FREE  CONSULTION ^_^ ******
Hubungi saya

Monday, 19 February 2018

Tip penjagaan kulit yang berbeza

Kulit kombinasi ialah gabungan kulit berminyak dan kulit kering pada wajah anda.


.
Tips untuk menjaga kulit kombinasi agak berbeza. Anda perlu mengenalpasti bahagian mana yang kering dan bahagian mana yang berminyak. Cara menjaga setiap bahagian bergantung kepada jenis kulit di kawasan tersebut.
.
Tips menjaga kulit kombinasi πŸ‘‡
.
1⃣ Gunakan produk yang bertekstur lembut. Pilih yang berasaskan losyen atau tekstur gel untuk pencuci muka. Ia berfungsi untuk mencuci kotoran dan mekap.

2⃣ Sapu pencerah atau β€œtoner” yang boleh menghidratkan dan melegakan kulit muka yang ada antioksidan dan bahan yang menambah baik keadaan kulit.

3⃣ Gunakan produk yang lembut, tidak kasar dan mengandungi BHA exfoliat. Cari β€œexfoliator” yang boleh membuang sel kulit mati tanpa kesan kemerahan (bukan jenis skrub), tidak membuatkan liang pori tersumbat, mengurangkan kulit berminyak. Pilih yang berbentuk gel, cecair ringan atau berbentuk cecair seperti air. Eksfoliator yang ada BHA paling bagus.

4⃣ Lindungi kulit dari sinaran UV. Amnya semua kulit memerlukan produk yang mempunyai SPF30 ke atas. Cari produk lembut yang menjanjikan kesan matte. Bagi bahagian yang kering, sapukan serum, selepas itu baru sapukan produk SPF.

5⃣ Gunakan pelembap berbentuk gel, serum atau yang berbentuk cecair pada seluruh muka pada waktu malam. Pastikan produk ini semua ada 3 bahan yang ada fungsi penting iaitu; antioksidan, penambahbaikan kulit(skin-replanishing dan memulihkan kulit(skin-restoring). Bahagian yang kering sapukan serum pelembap manakala bahagian kulit berminyak hanya perlukan kuantiti sedikit sahaja.
.
Setiap jenis kulit muka berbeza keperluan dalam penjagaannya tidak kira dari segi produk skincare atau produk mekap. Jenis kulit kita akan menentukan apa kita perlu pakai. Bukannya pakai sebab pengaruh orang lain tanpa mengenal jenis kulit kita sendiri. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak dalam memilih produk sesuai. πŸ€—
.
Selamat beramal 😎

Kelebihan ESP Shaklee.

Assalamualaikum semua ^_^

Sihat semua??? Bertenaga kah semua??? Meh nak citer ckit biar bertenaga semua ^_-
Nak citer sal apa ya biar bertenaga ni... Mesti pasal ESP kan semua... Kenapa dia boleh buat kita bertenaga.. Meh meh rapat-rapat nak habaq mai.

Mula-mula Apa itu ESP??

ESP ringkasan bagi Energizing Soy Protein. ESP ini diiktiraf seluruh dunia taw dengan mempunyai kajian klinikal yag sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan dalam ESP ini hanya mengandungi "non-GMO (non-Genetically Modified Organism ) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g iaitu bersamaan satu tin ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberi sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP ini menjamin persediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ianya juga sesuai kepada penghidap kencing manis kerana kandungan Indek Glisemik (G.I. ) yang rendah iaitu 39

Apa yang kita dapat dari ESP ni??

Manfaat yang kita dapat ialah :

  • Kita akan nampak AWET MUDA -Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, glanddan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  • Ianya baik untuk HORMON- Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang mana fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Baik untuk PROSTAT- Genistein yang terkandung dalang kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sek kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.
  • KULIT REMAJA- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurang kesan parut.
  • PEMBEKAL TENAGA-Membekalkan tenga secara segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain,imsomnia dan tekanan
  • membaiki PIGMENTASI- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • membaiki MEMORI- meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
~JOM SIHAT DENGAN ESP~  

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan produk shaklee boleh terus hubungi saya.
Hubungi saya


Saturday, 17 February 2018

Punca Masalah Jeragat.



Jeragat merupakan masalah  kulit yang sangat biasa kita dengan. Ia akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat atau hitam di  kawasan muka, pada pipi, dahi, dagu dan juga disekitar hidung. Masalah jeragat ini boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan secara menyeluruh. 
Antara punca masalah jeragat ini berlaku adalah :

1. Terdedah dengan cahaya matahari terik (UV matahari)

2. Ketidakseimbangan hormon disebabkan mengandung/menopaus ataupun ambil pil perancang

3. Penggunaan makeup, kosmetik atau rawatan kulit yang tidak sesuai.

4. Faktor keturunan. β€œFaktor keturunan biasanya disebabkan oleh hiper cheratosis iaitu sel dalam liang yang menghasilkan lebih banyak sel berbanding biasa”

5. Stres atau tidak cukup tidur.

Mengamalkan cara hidup yang sihat sangat penting untuk dapatkan kukuk yang sihat dan cantik.

Friday, 16 February 2018

10 Tip Dapatkan kulit yang cantik.

Kulit yang cantik idaman setiap wanita. Semua nakkan kulit yang cantik dan sihat.

Jom amalkan 10 tip menaril untuk dapatkan kulit yang cantik.



1. PILIH PENCUCI WAJAH YANG SESUAI
Pastikan pencuci muka yang kita pilih itu sesuai dengan  kulit wajah kita. Dan yang paling penting, pencuci tersebut haruslah bebas dari segala bahan kimia yang merbahaya. Barulah selamat untuk jangka masa panjang. Muka ada 1 je, kena jaga baik-baik tau.

2. SKRUB WAJAH 2 KALI SEMINGGU
Sel kulit kita sentiasa bertukar. Yang dah mati, kita buang keluar daripada kulit dengan menggunakan skrub. Pilih skrub yang lembut, bagi mengelakkan kulit jadi lebih teruk.

3. CUCI DENGAN AIR SUAM

  • Cuci muka dengan menggunakan air suam adalah pilihan yang terbaik. Elakkan menggunakan suhu yang ekstrem - samada terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana  ia akan menyebabkan saluran kapilari darah pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di kawasan hidung dan pipi.


4. TANGGALKAN MEKAP
Sebelum cuci wajah, buang dulu mekap. Sebab, biasanya mekap memerlukan bahan khas utnuk ditanggalkan. Lembapkan kapas dengan pencuci khas ini, dan urut dengan lembut pada wajah. Selepas mekap ditanggalkan, barulah kita cuci muka seperti biasa.

5. CUCI TANGAN DENGAN SABUN
Tangan kita merupakan kawasan yang paling banyak ada bakteria, kerana dengan tangan kita menyentuh segala benda. Jadi, pastikan kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh muka, dan memindahkan bakteria tersebut ke muka pulak. Cuci tangan dengan bersih, baru sentuh muka tau.

6. ZON T
Zon T merupakan kawasan yang paling berminyak justeru akan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, utamakan penjagaan pada kawasan Zon T, supaya dapat menghilangkan minyak yang berlebihan.

7. URUTAN WAJAH
Mengurut wajah dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen pada kulit. Urut secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan daripada leher. Dengan cara ini, aliran darah akan lebih lancar dan proses kedutan juga akan lebih perlahan.

8. JANGAN LAP
Biarkan wajah kering dengan sendiri selepas mencuci muka. Elkakkan mengelap dengan tuala, kerana ianya akan mentyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka dan menyerap kebaikan yang belum sempat diserap sepenuhnya oleh kulit.

9. GUNAKAN TOPENG WAJAH
Topeng yang baik adalah yang dapat mengekalkan keremajaan kulit dengan mengandungi bahan-bahan seperti collagen, vitamin C dan Vitamin E

10. KECUTKAN JERAWAT
Ais boleh mengecutkan jerawat. Apabila menggunakan ais, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut dan iritasi pada kulit akan berkurangan.

Manfaat Vivix untuk kesihatan

Vivix  merupakan minuman campuran botani yang mempunyai revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik bota...