APA ITU PARABEN
Paraben merupakan bahan kimia yang digunaan sebagai pengawet untuk melawa bakteria dan kulat. Paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet ini dihasilkan secara sintetik (buatan manusia) bukannya dari sumber semulajadi. Ia juga digunakan secara meluas dalam produk kosmetik seperti dalam syampu, perapi, losyen, pencuci muka, skrub dan mandian. Ia mudah diserap oleh kulit, darah dan sistem pencernaan.
Anda boleh kenali atau temui paraben ini apabila melhat label di botol yang tertulis nama bahannya sebagai ethylparaben, methlparaben, butylparaben propylparaben dan banyak lagi yang anda dapat kenali apabila nama bahannya berakhir dengan paraben. Itu bermaksud terdapat kandungan paraben dalam bahan tersebut.
KENAPA PARABEN BAHAYA TERHADAP KESIHATAN.
1. Paraeben ini boleh menggangu fungsi sistem endocrine dan menyebabakan kerosakan pada sistem badan seperti berlakunya fibroid ovari, hypothalamus dan sistem pencernaan terjejas.
2. Paraben ini juga boleh memasuki salur darah dengan hanya membuat sapuan di permukaan kulit sahaja. Ia akan mudah meresap ke dalam tubuh badan kita.
3. Penyerapan paraben ini boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Dengn penghasilan estrogen yang tidak normal ini akan merangsang kanser payudara.
4. Paraben ini sangat bahaya apabila terkena kepada kulit yang sensitif. Ini kerana ia akan menyebabkan berlaku reaksi ruam dan alergik pada kulit. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah dan dalam jangka masa panjang ini boleh menyebabkan masalah kulit yang sangat serius.
Justeru itu, pemilihan sesuatu produk sangat penting untuk kesihatan menyeluruh. Tersalah membuat pemilihan akan menyebabkan anda menyesal dikemudiaan hari.
Berhati-hati dalam memilih produk kesihatan diri.
No comments:
Post a Comment