Jom amalkan 10 tip menaril untuk dapatkan kulit yang cantik.
1. PILIH PENCUCI WAJAH YANG SESUAI
Pastikan pencuci muka yang kita pilih itu sesuai dengan kulit wajah kita. Dan yang paling penting, pencuci tersebut haruslah bebas dari segala bahan kimia yang merbahaya. Barulah selamat untuk jangka masa panjang. Muka ada 1 je, kena jaga baik-baik tau.
2. SKRUB WAJAH 2 KALI SEMINGGU
Sel kulit kita sentiasa bertukar. Yang dah mati, kita buang keluar daripada kulit dengan menggunakan skrub. Pilih skrub yang lembut, bagi mengelakkan kulit jadi lebih teruk.
3. CUCI DENGAN AIR SUAM
- Cuci muka dengan menggunakan air suam adalah pilihan yang terbaik. Elakkan menggunakan suhu yang ekstrem - samada terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana ia akan menyebabkan saluran kapilari darah pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di kawasan hidung dan pipi.
4. TANGGALKAN MEKAP
Sebelum cuci wajah, buang dulu mekap. Sebab, biasanya mekap memerlukan bahan khas utnuk ditanggalkan. Lembapkan kapas dengan pencuci khas ini, dan urut dengan lembut pada wajah. Selepas mekap ditanggalkan, barulah kita cuci muka seperti biasa.
5. CUCI TANGAN DENGAN SABUN
Tangan kita merupakan kawasan yang paling banyak ada bakteria, kerana dengan tangan kita menyentuh segala benda. Jadi, pastikan kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh muka, dan memindahkan bakteria tersebut ke muka pulak. Cuci tangan dengan bersih, baru sentuh muka tau.
6. ZON T
Zon T merupakan kawasan yang paling berminyak justeru akan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, utamakan penjagaan pada kawasan Zon T, supaya dapat menghilangkan minyak yang berlebihan.
7. URUTAN WAJAH
Mengurut wajah dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen pada kulit. Urut secara membulat daripada bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan daripada leher. Dengan cara ini, aliran darah akan lebih lancar dan proses kedutan juga akan lebih perlahan.
8. JANGAN LAP
Biarkan wajah kering dengan sendiri selepas mencuci muka. Elkakkan mengelap dengan tuala, kerana ianya akan mentyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka dan menyerap kebaikan yang belum sempat diserap sepenuhnya oleh kulit.
9. GUNAKAN TOPENG WAJAH
Topeng yang baik adalah yang dapat mengekalkan keremajaan kulit dengan mengandungi bahan-bahan seperti collagen, vitamin C dan Vitamin E
10. KECUTKAN JERAWAT
Ais boleh mengecutkan jerawat. Apabila menggunakan ais, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut dan iritasi pada kulit akan berkurangan.
No comments:
Post a Comment