Thursday, 22 February 2018
Petua luruskan rambut mengerbang
Ramai yang inginkan rambut yang lurus dan cantikkan. Tidak perlu berhabis duit untuk membuat rawatan rambut yang mahal-mahal. Jom kita amalkan petua semulajadi yang hanya ada di rumah kita sahaja.
Antara petua yang dapat luruskanrambut yang mengerbang adalah :
1) Kombinasi Santan & Jus Lemon
Campurkan secawan santan bersama setengah cawan jus lemon. Kemudian, sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.
Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam.
Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
2) Limau Nipis
Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Malah limau nipis juga bagus untuk menghilangkan kelemumur dan gatal – gatal pada kulit kepala.
3) Susu Segar
Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut. Biar selama 20 hingga 30 minit.
Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi. Lakukan sekerap yang mungkin.
4) Pisang & Betik
Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua – dua bahan ini. Campurkan dua sudu madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.
Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering.
Elakkan mengikat rambut. Lakukan seminggu dua kali.
5) Tepung Gandum & Telur
Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering.
Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. Kemudian, sikat rambut sehingga lurus.
Biarkan selama 30 sehingga 40 minit, bilas sehingga bersih. amalkan petua ini dua kali seminggu.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manfaat Vivix untuk kesihatan
Vivix merupakan minuman campuran botani yang mempunyai revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik bota...

-
Pelajar sebenarnya sangat memerlukan makanan tambahan untuk membantu memberi tenaga kepada mereka. Kekurangan zat dalam badan membuatkan ses...
-
Sebelum ini shaklee sudah keluarkan set penjagaan kulit muka iaitu ensfuselle dan nutriwhite. Shaklee ada keluarkan penjagaan kulit terba...
-
Assalamualaikum semua Harini saya nak kongsi dan bagitaw pasal VITAMIN C. Mesti semua orang sudah taw kan pasal vit-c. Tapi takpe kan ...
No comments:
Post a Comment