Sunday, 11 February 2018

Resepi : Kek Sarang Semut

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan resepi Kek Sarang Semut yang simple dan sedap.




Bahan I
👉2 cawan gula pasir
👉3 sudu besar mentega
👉2 cawan air panas

Bahan II
👉2 cawan tepung gandum
👉2 sudu kecil soda bikarbonat
👉1 sudu kecil baking powder

Bahan III
👉7 biji telur gred A
👉2 sudu kecil esen vanila
👉1 cawan susu pekat

Cara-Cara :

1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.
2. Masukkan mentega. Kacau rata.
3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit dan kacau.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.
5. Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati.
6. Tuang bahan III ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata hingga semua sebati.
7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.
8. Sediakan loyang. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.
9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170'C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit.
10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Sekiranya belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak.

Selamat Mencuba 😘

No comments:

Post a Comment

Manfaat Vivix untuk kesihatan

Vivix  merupakan minuman campuran botani yang mempunyai revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik bota...